P. Ramlee
P. Ramlee

AboutTentang A personal projectSebuah projek peribadi

About this archive Tentang pustaka ini

A woman crying in a dark cinema at a trishaw puller she had never met. A library of scripts somebody had kept in order for decades. A song written in a living room in four minutes. This is where it started. Seorang wanita menangis dalam gelap panggung wayang kerana seorang penarik beca yang tidak pernah dikenalinya. Sebuah perpustakaan skrip yang disusun rapi oleh seseorang selama berdekad. Sebuah lagu yang tercipta di ruang tamu dalam masa empat minit. Di sinilah ia bermula.

I did not set out to build an archive.

There are already books about P. Ramlee. Photographs. Recordings. Interviews. Documentaries. So the question that stayed with me was smaller than a whole life. Who was he before any of that?

I never saw Penarek Becha in a cinema. I wasn't born yet. But my parents were there, and they remembered people crying. My mother cried, during the scenes with Amran and his mother in that wooden shed. I don't offer this as evidence of anything beyond itself — a family remembers what it remembers. But I have carried that small image for a long time: a woman sitting in the dark, moved by a trishaw puller she had never met.

The library, and the piano

Years later I was invited to a P. Ramlee forum and found myself, without quite planning it, seated at the same table as Jins Shamsuddin. Afterward he took me to his house, and then to his studio, and I stood for a long time in his library. The shelves were full — old scripts, photographs, papers going back decades — and none of it was in disorder. Somebody had kept this. Somebody had decided, a long time ago, that it mattered enough to arrange.

Around the same time, Kassim Masdor came to my house. He sat down at the piano, mostly because it was there. I was standing nearby, and without thinking about it, I began humming something — nothing really, just the shape of a tune. He turned, played it back, changed a note, then another. Within a few minutes there was a piece of music in my living room that had not existed before. Nobody had announced that we were working. There was no plan for it. It simply happened.

I had spent years reading about the musicians around Ramlee — how they wrote together, argued, passed a melody back and forth like something handed around a table. Sitting there with Kassim, I understood it differently than I had from any interview.

What the record does not hold

Over the years I was fortunate enough to sit with people who had belonged to that world: Salleh Kamil, Mariani, Nasir P. Ramlee, Yusnor Ef, Saadiah, Jins more than once, Kassim more than once. Each conversation gave me a slightly different man.

With his musician friends, I came to learn, he could simply be Ramlee. He smoked, told stories, listened and laughed, with no camera to face and no one to impress. And then, sometimes, his wife Noorizan and the driver would arrive to collect him. She would wait quietly, and after a while she might ask,

Tak nak balik ke?

And he would go, the laughter carrying on behind him without missing him for long. None of it was false — not the studio, not the piano, not the wife waiting in the car. It was simply more of him than any one room could hold.

Almost everyone who could tell me these things is now gone. Of the fifteen people profiled in the Peers section, two are living. That is the reason this site exists in the form it does: not to settle anything, but to hold what can still be held, and to say plainly where the record runs out.

How this archive is built

Everything here is compiled from press obituaries, national archive and library records, published scholarship, and family sources. Where accounts disagree — and they disagree more often than a confident page would suggest — both are set down rather than one being chosen quietly. The hour of his death, the direction credit on Sarjan Hassan, the year he started school, the premiere date of his first film: all of these are contested, and all of them are marked as such.

Every surviving account of P. Ramlee came from someone who loved him. The absence of critical voices is evidence that those voices were not recorded, not that they did not exist. I have tried to keep that in view throughout.

The archive is not complete and will not be. Hundreds of people worked on these films and most are named nowhere. If you can correct an entry, supply a date, or identify a face, please write. The address is at the foot of every page.

Why the watching years

The more people I spoke to, the less interested I became in the legend. What I wanted to know was smaller, and harder to answer. How did he learn?

So I went back to the years before anyone thought to ask that question — when he was an actor standing near other men's cameras, when he sat in editing rooms he had no authority over, when his job, most days, was simply to be present and pay attention. He watched. As far as I can tell, he was learning without ever announcing that he was learning.

He had spent a long time watching other people make films.

Then, one day, he made one himself.

The watcher became the maker.

Saya tidak berniat membina sebuah pustaka.

Sudah banyak yang tertulis tentang P. Ramlee — gambar-gambar lama, rakaman suara, temu bual demi temu bual, malah beberapa dokumentari. Maka persoalan yang tinggal dalam fikiran saya bukanlah tentang apa yang sudah diketahui orang. Ia lebih kecil daripada itu, dan barangkali lebih sukar dijawab: siapakah beliau, sebelum menjadi seperti yang kita kenal hari ini?

Saya tidak sempat menonton Penarek Becha semasa ia ditayangkan buat kali pertama. Saya belum lahir ketika itu. Tetapi kedua ibu bapa saya ada di panggung wayang malam itu, dan mereka masih ingat penonton menangis. Ibu saya sendiri menangis, semasa babak Amran bersama ibunya di dalam pondok kayu yang mereka panggil rumah. Saya tidak mahu jadikan ini sebagai bukti sejarah — sebuah keluarga hanya mengingati apa yang diingatinya. Tetapi gambaran itu telah lama bersama saya: seorang wanita duduk dalam gelap panggung wayang, terharu oleh seorang penarik beca yang tidak pernah dikenalinya.

Perpustakaan itu, dan piano itu

Bertahun-tahun kemudian, saya dijemput menghadiri satu forum tentang P. Ramlee, dan entah bagaimana saya mendapati diri saya duduk semeja dengan Jins Shamsuddin. Selepas majlis itu, beliau mengajak saya ke rumahnya, dan kemudian ke studionya sendiri. Saya masih ingat perpustakaan itu — rak demi rak dipenuhi skrip lama dan gambar-gambar yang sudah berusia puluhan tahun, tersusun kemas, tiada yang berselerak. Ada orang yang telah menyimpan semua ini dengan teliti. Ada orang yang, entah bila, memutuskan bahawa ini semua wajar disimpan.

Sekitar masa yang sama juga, Kassim Masdor pernah datang ke rumah saya. Beliau duduk di depan piano, mungkin kerana kebetulan ia ada di situ. Saya berdiri tidak jauh, dan tanpa disedari, saya mula bersenandung sesuatu — bukan lagu, cuma bunyi-bunyian kecil yang timbul begitu sahaja. Beliau menoleh, mengikut senandung itu di atas piano, menukar satu nota, kemudian satu lagi. Tidak sampai beberapa minit, sudah ada muzik di ruang tamu saya yang tidak pernah wujud sebelum itu. Tiada siapa berkata kami sedang mencipta lagu. Semuanya berlaku begitu sahaja.

Saya sudah lama membaca tentang pemuzik-pemuzik di sekeliling Ramlee — bagaimana mereka mencipta sambil berbual, berbalah, dan bertukar-tukar melodi seperti sedang berkongsi cerita di sekeliling meja kopi. Tetapi hanya selepas duduk sendiri bersama Kassim, barulah saya benar-benar faham apa yang selama ini cuma saya baca.

Apa yang tidak terakam dalam rekod

Sepanjang tahun-tahun mengumpulkan bahan, saya bertuah kerana dapat duduk berbual dengan orang-orang yang pernah mengenali Ramlee secara peribadi — Salleh Kamil, Mariani, Nasir P. Ramlee, Yusnor Ef, Saadiah, dan Jins serta Kassim, lebih daripada sekali. Setiap orang menceritakan seorang lelaki yang sedikit berbeza daripada yang diceritakan oleh yang lain.

Rakan-rakan pemuziknya mengenali sisi lain Ramlee. Bersama mereka, beliau boleh menjadi Ramlee sahaja — merokok, berbual, mendengar cerita orang, ketawa lepas, tanpa kamera di hadapannya dan tanpa siapa yang perlu digembirakan hatinya. Kadangkala, di penghujung malam, isterinya Noorizan akan sampai bersama pemandu untuk membawanya pulang. Noorizan hanya menunggu di tepi, tidak banyak bercakap, sehinggalah pada satu ketika dia akan bertanya,

Tak nak balik ke?

Ramlee pun bangun mengikutnya ke kereta, manakala gelak ketawa di belakangnya diteruskan seperti biasa, seolah-olah ketiadaannya tidak lama dirasai. Tiada satu pun daripada semua ini yang tidak benar — bukan studio, bukan piano, bukan isteri yang setia menunggu. Sekadar Ramlee memang seorang lelaki yang cukup besar untuk mengisi lebih daripada satu dunia sekali gus.

Hampir kesemua insan yang mampu menceritakan hal-hal ini kepada saya kini telah pergi. Daripada lima belas tokoh yang dirakam dalam bahagian Teman, dua masih hidup. Itulah sebabnya laman ini wujud dalam bentuknya yang sekarang: bukan untuk memuktamadkan apa-apa, tetapi untuk menyimpan apa yang masih dapat disimpan, dan menyatakan dengan jujur di mana rekod itu terhenti.

Bagaimana pustaka ini dibina

Segala yang ada di sini dihimpun daripada obituari akhbar, rekod arkib dan perpustakaan negara, penulisan ilmiah yang diterbitkan, serta sumber keluarga. Apabila sumber bercanggah — dan ia bercanggah jauh lebih kerap daripada yang digambarkan oleh halaman yang penuh yakin — kedua-duanya dicatat, dan bukannya salah satu dipilih secara senyap. Waktu kematiannya, kredit arahan Sarjan Hassan, tahun beliau mula bersekolah, tarikh tayangan perdana filem pertamanya: kesemuanya dipertikaikan, dan kesemuanya ditandakan sedemikian.

Setiap catatan tentang P. Ramlee yang masih tinggal datang daripada insan yang mengasihinya. Ketiadaan suara kritis ialah bukti bahawa suara itu tidak dirakam, bukan bukti bahawa ia tidak pernah wujud. Saya cuba mengekalkan kesedaran itu sepanjang kerja ini.

Pustaka ini belum lengkap dan tidak akan pernah lengkap. Beratus-ratus insan pernah bekerja dalam filem-filem ini dan kebanyakan mereka tidak dinamakan di mana-mana. Sekiranya anda dapat membetulkan sesuatu catatan, membekalkan tarikh, atau mengenal pasti sesusuk wajah, sila hubungi kami. Alamatnya ada di bahagian bawah setiap halaman.

Mengapa tahun-tahun memerhati

Semakin ramai saya temui, semakin kurang saya berminat dengan legenda itu. Yang saya mahu tahu jauh lebih kecil, dan jauh lebih sukar dicari jawapannya: bagaimana Ramlee belajar?

Justeru saya kembali kepada tahun-tahun sebelum sesiapa pun terfikir untuk bertanya soalan itu — ketika beliau cuma seorang pelakon yang berdiri berhampiran kamera orang lain, ketika beliau duduk di bilik penyuntingan tanpa sebarang kuasa untuk membuat keputusan, ketika kerjanya, pada kebanyakan hari, hanyalah hadir dan memerhati. Ramlee memerhati. Dan setakat yang dapat saya kesan, beliau belajar tanpa pernah memberitahu sesiapa bahawa dia sedang belajar.

Sekian lama beliau memerhati orang lain membuat filem.

Kemudian, pada suatu hari, beliau membuat filemnya sendiri.

Yang memerhati, akhirnya menjadi yang mencipta.